Jam gajah

Jam gajah dalam sebuah manuskrip oleh Al-Jazari (1206 M) dari Buku Ilmu Alat Mekanikal Pintar. [1]

Jam gajah adalah sebuah reka cipta zaman pertengahan Islam oleh al-Jazari (1136–1206), terdiri dari sebuah jam air yang berkuasa pemberat dalam bentuk sebuah gajah. Pelbagai unsur-unsur jam ditempatkan di atas gajah. Jam ini telah direkabentuk untuk bergerak dan menghasilkan bunyi tiap setengah jam.

Sebuah hasilan semula moden saiz penuh yang berfungsi dapat ditemukan sebagai sebuah hiasan tengah di Ibn Battuta Mall, sebuah pusat beli-belah di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Sebuah lagi hasilan semula yang berfungsi dapat dilihat di luar Musée d'Horlogerie du Locle, Château des Monts, di Le Locle, Switzerland.

Selain daripada inovasi mekanikalnya, jam ini sendiri dilihat sebagai suatu contoh awal kepelbagaian budaya diwakili dalam teknologi. Gajah mewakili budaya India dan Afrika, naga mewakili budaya Cina, phoenix mewakili budaya Mesir Purba, kerja air mewakili budaya Yunani Purba, dan serban mewakili kebudayaan Islam.[2]

  1. ^ Ibn al-Razzaz Al-Jazari (ed. 1974), The Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices. Diterjemahkan dan dianotasi oleh Donald Routledge Hill, Dordrecht/D. Reidel.
  2. ^ Kerim Balci (14 Jun 2009). "A book on Muslim contributions to science provides solution to identity crisis". Today's Zaman. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-21. Dicapai pada 2009-06-19. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search